Friday 27 October 2017

Sarapan.

Teks : Saniah Mat Sanat

Pagi ini, seperti hari-hari terdahulu. Rutin menyiapkan sarapan dan bekalan anak-anak diutamakan.

Sering kali, ia diubah menunya. Jika semalam jemput-jemput nasi ditambah kentang. Hari ini, kentang goreng pula. Bekalan tengahari juga begitu, hari ini sup ayam. Semalam, tomyam ayam.

Bahannya saja yang sama. Namun, rasa dan cara penyediaan tidak sama. Olah mengikut kesuaian masa dan kalau boleh semudah mungkin kerana masa yang terhad untuk siapkan kedua-dua menu ini.

Jam tujuh setengah, anak sudah mahu bertolak ke sekolah. Jadi, masa yang ada hanya dua jam sahaja jika bangun pukul lima setengah pagi. Terlewat sedikit, kelam kabut sedikit pagi itu.

Apa tak kelam kabutnya, mak-mak bukan. Tugasnya bukan siapkan sarapan saja. Sudah tentu, mengejutkan satu keluarga. Malah, bukan sekali, namun sebenarnya berulang kali memanggil. Dari suara yang lembut hingga menjadi lebih keras dan kuat.

Bila anak sudah ke sekolah, baru rasa lega. Bancuh air, duduk sambil menaip di papan paparan telefon pintar ini. Ambil gambar, sarapan pagi ini. Baik, sudah siap. Terimalah hantaran istimewa ini.


No comments:

Post a Comment