Friday, 21 August 2020

Saya Pengurus Online ABDR

Teks : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum tuan/puan
Hai, saya Saniah Mat Sanat, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)

Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.

Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.

  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
  • kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
  • kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
  • platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

KELAS ASAS BLOG PENULISAN
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9. Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej :


PAKEJ YURAN KELAS BLOG BISNES & PENULISAN (BERMULA 28 JULAI 2015)

1. YURAN 1 - RM 150 - Kelas asas blog penulisan 
(bonus ebook belajar asas blog)

2. YURAN 2 - RM180 - (kelas asas blog penulisan)
 Bonus 3 ebook (ebook belajar blog, ebook super wahm supermom, ebook mula bisnes butik online)

3. YURAN 3 - RM200 (kelas asas blog penulisan ATAU kelas asas blog bisnes fanpage)
Bonus 4 ebook (ebook blog, super wahm supermom, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes)

4. YURAN 4 - RM250 (kelas blog bisnes ATAU penulisan) serta layak menjadi RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABDR.
Bonus 6 EBOOK (asas blog, super wahm supermom, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes, yeay mama sudah resign, 10 langkah mudah bina kedai online Edisi 1.

5. YURAN RM300 - KELAS BLOG BISNES DAN PENULISAN SERENTAK serta layak menjadi RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABDR.
Bonus 10 EBOOK - asas blog, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes, panduan berpantang, resipi pantang, super wahm supermom, rahsia khidmt pelanggan, yeay mama sudah resign,  10 langkah bina kedai online Edisi 1, panduan rakan niaga  - belum terbit)
  • Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
  • Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Kelas berlangsung selama 20 hari.
  • Nota toturial bergambar lengkap disediakan
  • Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm
  • Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
  • Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE
Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.

Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama http://akademibekerjadirumah.blogspot.com

Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online.

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya :
Email : saniah.mat sanat@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 0192828266

Untuk terus mendaftar, boleh terus isikan borang tempahan di sini ya

http://saniahmatsanat.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Friday, 11 August 2017

Resipi Jemput-Jemput Lobak Merah

Teks dan foto : Saniah Mat Sanat.

Sarapan hari ini, jemput-jemput lobak merah dan nasi ayam. Nasi ayam, baki berbuka puasa semalam. Kak Ani simpan dalam peti ais.

Resepi jemput-jemput lobak merah.

Kak Ani hiris halus lobak merah, daun bawang dan daun sup. Tambah sebiji telur. Masukkan juga satu sudu kecil garam yang dicairkan dengan sedikit air panas. Tepung gandum pula tiga cawan serta air secukupnya. Gaul sebati semua bahan-bahan.

Ini tiruvasi dari rancangan masakan korea. Resepi asal guna telur sahaja. Ia dimasak macam lempeng. Kak Ani tukar kan bahannya dan cara masaknya.


Thursday, 10 August 2017

Kukuhkan Asas

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR

Untuk pengetahuan kalian, Kak Ani belajar bina asas blog dan asas menulis dengan sekali bayaran sahaja untuk seumur hidup bersama Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR). Itulah pakej pelajar batch yang kedua, tahun 2013.

Malah, Kak Ani juga salah seorang pengurus online ABDR. Tugas Kak Ani memperkenalkan ABDR dan memudahkan kalian yang mahu belajar bersama-sama.

Ya, nilai ilmu yang Kak Ani perolehi lebih banyak berbanding yuran. Pada tahun itu, Kak Ani hanya membayar sebanyak rm180. Kak Ani sudah bina beberapa blog. Bayar dan belajar sekali, guna berkali-kali.

Itu sebabnya Kak Ani berani rekemen kelas ini pada kalian. Syaratnya, kalian perlu berikan komitmen. Sekarang, kelas selama 20 hari dan latih tubi sebanyak 44 entry. Kukuhkan asas untuk belajar yang lebih advance.


Tuesday, 1 August 2017

Kenali Kak Ani

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Hai. Pada yang belum kenal Kak Ani, nama sebenar, Saniah Mat Sanat. Tahun ni sudah 4 series. Kiranya wanita matang sangat dah ni.

Anak orang banjar. Lahir dan membesar di Bukit Merah, Perak. Kemudian, mak abah berpindah tanah rancangan. Berkahwin ketika berumur 20 tahun, anak tiga orang. Seorang lelaki dan dua perempuan(kembar).

Terima kasih pada yang sudi membaca setiap perkongsian Kak Ani hingga ke saat ini. Kita sama-sama rapatkan ukhwah.

Kak Ani, blogger
#TeamABDR


Friday, 28 July 2017

Mula Belajar Menulis

Teks : Saniah Mat Sanat


Jujurnya, Kak Ani mahu kongsikan sesuatu dengan kalian. Semasa mula-mula belajar menulis, tidak sangka pun ia boleh jana kewangan pada Kak Ani. Modal belajar Kak Ani dahulu hanya rm180.

Sekarang, sejak dilantik menjadi pengurus online ABDR, Kak Ani boleh dapat sekurang kurangnya rm200 sebulan. Jika kuatkan usaha boleh dapat lebih dari itu.

Ketika itu, Kak Ani mahu penuhi impian menjadi penulis. Ya, bukan mudah rupanya. Waima, Kak Ani suka membaca. Membaca dan menulis perkara berbeza namun ia saling berkaitan. Mahu menulis, perlu membaca.

Mahu belajar menulis sebagaimana Kak Ani. Mula dari kosong. Latih tubi menulis sebanyak 44 entry dan selama 20 hari. Tulis dahulu mengenai kisah harian kita dan pengalaman. InsyaAllah, cerita kita jadi inspirasi untuk orang lain.

Thursday, 1 June 2017

Raikan Anak Anak Berpuasa.

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Masa begitu cepat beredar. Tidak terasa waktu berlalu bila ada banyak perkara yang mahu kita lakukan. Pagi-pagi lagi, sekitar jam empat pagi Kak Ani sudah bangun.

Aktiviti selepas sahur, masih sama seperti hari sebelum berpuasa. Perubahan pada waktu memasak sahaja. Kerja-kerja rumah juga telah  diambil alih oleh anak-anak kerana cuti sekolah.

Sekarang juga, hampir setiap petang hujan turun. Panas di sebelah pagi. Petang mendung. Agak selesa berpuasa. Kak Ani pula memang kurang keluar.

Sudah hari kelima kita berpuasa, Kak Ani belum pergi ke pasar ramadan lagi. Dulu, masa anak-anak kecil, setiap hari jugalah ke sana membeli juadah. Lebih kepada meraikan anak-anak. Bawa mereka memilih kuih muih yang dimahukan.

Setiap seorang, Kak Ani benarkan memilih satu jenis kuih sahaja. Jadi, ada tiga jenis kuih muih berbeza lah. Ketika itu, harga kuih ialah rm1, dapat tiga. Cukup untuk keluarga kecil kami.

Begitulah cara Kak Ani dulu, raikan anak-anak berpuasa. Berbeza dengan sekarang. Lebih suka memasak yang mudah-mudah saja. Sesekali, sediakan juga yang istimewa.

#puasaduludulu #catatanharian2017 #catatanpengalaman2017


Friday, 26 May 2017

Kenangan Berpuasa.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Dulu, masa sekolah rendah rasanya. Umur tujuh ke lapan tahun, macam tu lah. Kak Ani dah diajar berpuasa. Balik dari sekolah memang tak larat sangat. Bila dah macam tu, mesti minta nak berbuka kat mak. 

Alah, puasa budak-budak kan. Tengahari dah buka tudung periuk. Hari ni puasa sekerat hari, esok separuh lagi. Bila tambah, jadilah sehari. Hihihi... kira-kira sendiri. Bangga pula tu. Kononnya, dah puasa.

Bila semakin besar, minta juga nak berbuka awal, mak suruh tidur atau main batu seremban. Inilah satu-satunya permainan yang mak benarkan bila bulan puasa. Kalau main kejar-kejar atau sorok-sorok, memang kena marah.

Cara mak abah ajar berpuasa itulah yang Kak Ani guna masa mahu mulakan anak-anak berpuasa. Tiada paksaan. Cuma kongsi apa yang 'best' bila kita berpuasa. Cerita kenapa perlunya kita puasa.

Pengalaman Kak Ani berpuasa dengan anak-anak semuanya okay. Tak susah nak kejut bangun sahur. Drama sikit-sikit tu, biasalah budak-budak lagi kan. Kejap-kejap tanya bila nak azan. Azan waktu zuhur atau asar pun mereka ingat dah boleh berbuka.

Sebenarnya, anak-anak ni macam kitalah masa kecil - kecil dulu. Ajarkan mereka perlahan-lahan, kena fahamkan dulu apa itu puasa. Dah faham, mudah saja. Mereka sendiri sanggup tak nak berbuka.

#catatanpengalaman2017